Friday, 6 March 2015

mana nak pergi?

assalamualaikum, hello guys! harini nak share sikit tentang my spm result yang tak seberapa tu and ke mana aku nak pergi lepas ni. sejujurnya tahun lepas memang banyak cabaran bagi aku yang tengah berjuang nak hadapi spm ni. result aku pun tak lah elok sangat cukup cukup makan ja. and yang paling penting aku dapat apa yang aku usaha tu dah cukup membanggakan. Alhamdulillah.
mana nak pergi dengan result spm yang cikai ni?
mula mula aku pun risau jugak. dah la addmath dengan chemistry dapat C then semua course perlu at least minimum b untuk addmath and chemistry. so aku bukak website ni. semaksyarat.info . apa yang menariknya pasal website ni? cer tekan dulu baru tauuu. kat situ hampa boleh semak semua course yang layak hampa ambik berdasarkan result tu. so tak payah la nak susah susah google satu satu syarat kelayakan tu kan.
then satu lagi yang orang selalu fikir panjang dan salah buat keputusan is upu. upu ni sistem kemasukan ke universiti bagi yang tak tau :). okay contohnya bila hampa check kat link atas tadi hampa layak untuk ke asasi, then isi la asasi sebab asasi memang bagus. if la result macam aku, jangan nak susah hati sangat. boleh isi diploma tapi make sure check dulu kelayakn ya. kalau salah isi diri sendiri yang rugi nanti. 
ramai orang fikir, diploma dah 3 tahun then nak ambik degree lagi lambat lah. sebenarnya tak. kalau ambik diploma, pastu hampa boleh transfer kredit daripada diploma tu untuk ke degree. so degree takdak la sampai 4 tahun. faham?
matrikulasi pulak. aku bekas pelajar mrsm so kami wajib isi matrikulasi. okay matrikulasi ni tak dak la teruk mana. cuma hampa kena work hard betul betul la. okay?
cukup cukup lah tu membebel. byeeee 

No comments:

Post a Comment