Wednesday, 11 March 2015

assalamualikum, hai :)

tadi masa tengah lukis bag tetiba terfikir pasal ni. orang selalu cakap, " jaga tepi kain sendiri dah la." "tak payah nak sibuk hal orag lain."

then nanti bila orang dah tak ambik tau pasal dia kalut cakap orang tak kisah pulak? siapa yang suruh jangan nak sibuk pasal hanl orang lain betul tak? lagipun dalam Islam kita kena ambik tau pasal saudara seagama kita. contohnya, kawan kita tak solat, kita tegur la dia. nak tegur ada caranya. kalau yakin diri boleh tegur kawan awak sendiri then go on. tapi kalau tak yakin ada cara lain macam suruh kawan lain yang tegurkan atau send whatsapp ka apa apa. apa guna media sosial betul tak. kenapa kita kena tegus dia? suka hati dia la nak solat ka tak kubur masing masing. mentaliti masyarakat melayu. then tak fikir ka bila dia masuk neraka nanti dia nak tarik kawan kawan dia yang tak pernah nak tegur dia ni?
kita ni pulak, kalau nak ambik tau pasal orang lain pun, jangan la nak melebih sangat sampai menyinggung perasaan atau menimbulkan sentimen. jangan la ceritakan aib dia dekat orang lain. contohnya, kita tau dia tak solat, pastu takkan kita nak bagitau semua orang pasal benda tu. malu la dia. guna akal sebaiknya. at least bila kita tegur dia kita dah terlepas tanggungjawab tu. dia nak berubah atau tak itu terserah la kan?

okay byeee

Tuesday, 10 March 2015

same technique different subjects

assalamualaikum, haii!

so ramai orang yang tak suka subjek bio kan. sebab banyak nak kena baca, banyak nak kena hafal, banyak terms banyak nama banyak process and sebagainya. tapi aku suka biology sebab tak perlu pun nak fikir panjang panjang. tak perlu fikir banyak. and sebab ada beberapa teknik yang cikgu zulkof bagi yang membuatkan aku lebih faham. and aku rasa teknik ni boleh guna untuk study subjek lain jugak.

bismillah..

1) RTL.
RTL stands dor Ready To Learnt. okay concept ready to learnt ni memang sangat berkesan. cara dia hampa buat nota dua sebelum masuk kelas. contohnya, esok nak belajar chapter reproduction, malam tu bukak tajuk tu and buat nota. kalau tak faham pun takpa asalkan esok hampa ada soalan nak ditanya kat cikgu sebab hampa dah tau dan nampak bayang banyang chapter tu. takdak lah nanti ternganga dengar terms terms pelik dalam kelas kan hehehe

2) 3-5 questions 
3-5 questions ni pulak, setiap hari, wajib buat soalan untuk subjek tu. tak perlu banyak soalan pun. 3-5 soalan ja. tak susah kan? and dah buat soalan tu, jangan la sekadar buat ja. dah alang alang buat soalan apa apa catat sikit nota yang berkaitan soalan tu. nanti tak payah la nak bukak buku tebal tebal dah bila nak exam kan. cikgu zulkof kata sapa buat lebih daripada 5 dan kurang daripada 3 dia nak tibai. ayokkk

3) RTD
RTD stands for Ready To Delivered. maksudnyaaa, kita ajar balik kawan kawan kita apa yang kita faham. jangan ingat bila kita mengajar orang then kita takdak masa nak study yang lain lah apa lah. tapi sebenarnya bila kita ajar orang ni, kita jugak yang dapat manfaatnya. sebab kita akan ;ebih ingat apa yang kita belajar tu. cuba tengok cikgu cikgu, contohnya cikgu sejarah. dia sentiasa mengajar dan benda yang dia ajar memang melekat dalam kepala dia. bagus kan benda ni? so jangan la nak simpan ja apa yang kita faham. share share lah dengan kawan kawan.

semoga membantuu! babaiii

Monday, 9 March 2015

show off

assalamualaikum, hi there!

suddenly aku teringat satu soalan kat ask fm ni. dia tanya macam mana kalau kawan kita ni suka show off and kita pun dah menyampah? okay firsl of all aku  nak cakap sebagai manusia biasa kita memang nak tunjuk apa yang kita ada dekat kawan kawan rapat kita. betul tak? kadang kadang kita tak dak niat pun nak tunjuk kata kita ni kaya or cantik or anything else. tapi kita sendiri pun tak sedar kita buat benda tu betul tak?
okay macam mana nak sedarkan orang orang show off ni? mula mula kita kena la faham ada beberapa faktor orang ni nak show off.
1) dia suka share apa yang dia ada dengan kawan kawan dia. maybe dia segan or tak rapat dengan family dia. so kawan kawan la tempat dia nak share everything.
2) tu ja cara dia nak kawan kawan dia terus impress dengan dia. kita sebagai kawan pun patut faham la. janga la kawan dengan seseorang tu sebab dia pandai kaya cantik atau apa apa ja. jangan cemarkan erti persahabatan okay?
3) dia memang suka nak show off. dia memang nak orang tau dia kaya cantik pandai dan sebagainya.

kalau kita nak stop kawan kita dari show off sebab kita pun dah fed up dah meluat sangat kan. agak agaknya nak buat apa eh? okay kalau aku la kan. ni opinion ja okay.
bila dia show off tu buat buat tak layan dah lah. nanti lama lama dia sedar la orang tak suka dia buat macam tu. dan elakkan jadi orang yang dok menyokong dia. okay?
second, kalau dia ni seorang yang lembut hati and awak pun seorang yang pandai menjaga kata kata, boleh tegur dia directly tapi jangan la depan orang ramai. tegur la dia personally okay?

em rasanya tu ja kot. okay byeee!

Sunday, 8 March 2015

mrsm life

assalamualaikum :)

hai harini aku nak cerita sikit tentag pengalaman aku selama 5 tahun di MRSM KUBANG PASU. since semua budak luar anggap students mrsm ni nerd asyik pegang buku, tapi realitinya hanya kami yang tahu HAHAHA.
okay firstly mestilah pasal sistem akademik kan. kami guna sistem cgpa ala ala universiti. so every single quiz presentation give us marks. tapi dalam 10% - 20% ja. students mrsm ni bukannya semua sama. ada yang datang dari keluarga kaya nak mampus macam sekarang kat mrsm kubang pasu ada program IGCSE. mostly budak budak IGCSE ni datang dari keluarga kaya. so kalau tak dak pendirian memang kita pun terbawak bawak lah. kat mrsm, makanan paling sedap kat dm NASIK AYAM! hahaha kalau hari makan nasi ayam dengan chicken chop confirm semua beratur panjang.
aku ni memang teringin sangat sangat nak masuk mrsm since darjah 4. so bila dapat masuk mrsm apa lagi, seronok terlompat macam beruk lah. masa mula mula daftar aku macam OMG BESARNYA SEKOLAH NI! bayangkan lah nak kesana naik tangga kesini naik tangga dengan kelas tingkat 3 memang kurus. tapi sebenarnya best. kami ada system homeroom. homeroon tu macam keluarga pelajar. semua pelajar dibahagikan dalam 13-15 orang satu homeroom and ada cikgu yang akan jadi cikgu homeroom kita. ikut lah nak panggil daddy mama umi ibu ayah walid apa apa tapi selalunya orang akan rapat lah dengan mak ayah homeroom ni. nak tengok homeroom aku takk?


okay ni homeroom masa menengah rendah. homeroom28. masa ni kami buat surprise birthday kat cikgu homeroom kami. i really miss them.


okay ni pulak homeroom masa menengah atas. homeroom shima. masa ni ada bbq night masa activity week.

and nak tau apa paling best masa kat mrsm ni? of course lah activity week. okay masa ni kami semua TAK BELAJAR SEMINGGU. NO HOMEWORK NO SCHOOL UNIFORM. kami akan mainnn ja seminggu. macam macam activity yang akan dirancang dan dijayakan oleh badan badan kepimpinan seperti badan wakil pelajar, lembaga disiplin pelajar, rca and badar. contoh activity macam paintball, treasure hunt and banyak gi. and paling paling best sekali bila dah form 5 kami ada UNGA. unga stands for united nation apa tah hahaha. so masa ni setiap kelas form 5 akan dapat satu negara and kami kena transform kelas kami jadi macam negara tu and kena buat persembahan dan berpakaian yang mewakili negara tu. macam kelas aku 5 alkhawarizmi, kami dapat new zealand, so kami buat persembahan hakka. nak tengok takk?


ni masa malam terakhir untuk persediaan unga kelas aku. malam tu kami semua dok kat kelas sampai pukul 3-4 pagi untuk persiapan terakhir. mengantuk tu tak payah cerita lah.


ya ini dia cuba teka. haha ni group EPSILON. group ala ala kpop kat mrsm kubang pasu. ni masa depa buat persembahan.

\

serba sedikit suasana masa unga.


ni lah kelas aku. ni lepas dah habis semua acara.

okay sudah sudah lah tu pasal minggu aktiviti. sekarang nak cerita pasal badan kepimpinan pulak. kalau kat mrsm jawatan paling tinggi ialah badan wakil pelajar or known as BWP. bila dah jadi bwp ni memang sibuk gila, kena kuat fizikal mental sebab semua urusan pelajar ni serah kat depa. aku takleh nak describe panjang panjang sebab aku bukan bwp.

aku ldp or lembaga disiplin pelajar. padahal takdak la disiplin sangat. hehehe. so bila dah jadi ldp ni, satu ja kena hati kental. sebab apa? sebab memang tak sah kalau ldp tak kena maki sehari. hahah awal awal pagi dah jerit suruh clear blok untuk ke roll call or morning call. pastu kalau sapa lambat tahan. macam macam kerenah student mrsm ni. oleh kerana aku dulu tak berapa nak ikut sangat peraturan, so aku tau lah kat mana depa ni bersembunyi, berpengalaman lah katakan. hahaha.


ni suasana morning call.


okay ni lah ahli ahli lembaga disiplin pelajar tahun 2013/2014.


ni antara program yang dianjurkan oleh bwp and ldp bersama students form 2. sorry dik famous sat.

so aku rasa tu ja la kot nak cerita. byeeeee !








Friday, 6 March 2015

mana nak pergi?

assalamualaikum, hello guys! harini nak share sikit tentang my spm result yang tak seberapa tu and ke mana aku nak pergi lepas ni. sejujurnya tahun lepas memang banyak cabaran bagi aku yang tengah berjuang nak hadapi spm ni. result aku pun tak lah elok sangat cukup cukup makan ja. and yang paling penting aku dapat apa yang aku usaha tu dah cukup membanggakan. Alhamdulillah.
mana nak pergi dengan result spm yang cikai ni?
mula mula aku pun risau jugak. dah la addmath dengan chemistry dapat C then semua course perlu at least minimum b untuk addmath and chemistry. so aku bukak website ni. semaksyarat.info . apa yang menariknya pasal website ni? cer tekan dulu baru tauuu. kat situ hampa boleh semak semua course yang layak hampa ambik berdasarkan result tu. so tak payah la nak susah susah google satu satu syarat kelayakan tu kan.
then satu lagi yang orang selalu fikir panjang dan salah buat keputusan is upu. upu ni sistem kemasukan ke universiti bagi yang tak tau :). okay contohnya bila hampa check kat link atas tadi hampa layak untuk ke asasi, then isi la asasi sebab asasi memang bagus. if la result macam aku, jangan nak susah hati sangat. boleh isi diploma tapi make sure check dulu kelayakn ya. kalau salah isi diri sendiri yang rugi nanti. 
ramai orang fikir, diploma dah 3 tahun then nak ambik degree lagi lambat lah. sebenarnya tak. kalau ambik diploma, pastu hampa boleh transfer kredit daripada diploma tu untuk ke degree. so degree takdak la sampai 4 tahun. faham?
matrikulasi pulak. aku bekas pelajar mrsm so kami wajib isi matrikulasi. okay matrikulasi ni tak dak la teruk mana. cuma hampa kena work hard betul betul la. okay?
cukup cukup lah tu membebel. byeeee 

newbie :)

hello there. im new here. treat me well ya. story of my life is coming next