asslamualikum and hi there!
lama tak update harini nak cerita pasal trip ke langkawi.
1/4/2015
kami pi semua 6 orang termasuk aku lah. so mula mula kami ingat takmau sewa kereta sebab masa tu sorang ja yang ada lesen iaitu jiha. lagipun tak berani nak drive. so masa nak beli tiket kat jeti, terjumpa lah sorang pakcik ni. dia offer kereta viva rm150 untuk 3 hari. kami pun fikir balik okay jugak sewa kereta daripada nak bayar teksi. so sumbat lah 6 orang dalam viva yang kecik tu. lepas sampai langkawi terus ambik kereta pi makan. lepas tu ambik hanum and anis dekat airport then terus check in motel. kami stay dekat AB Motel. motel ni bersebelahan dengan pantai cenang. RM150/NIGHT. okay la tu kan kiranya sorang 50 ja lah. suasana dia okay laa tapi ada banyak foreigner.
 |
berangan nak kereta sewa vw hehehe |
nak gambar lagi?
 |
first time drive kereta secara haram dan takdak lesen. p/s masa ni tengah tunggu jiha settle payment
|
lepas dah rehat rehat semua, petang tu lepas asar kami semua decide nak mandi pantai. yuhuuuu!
 |
kami :) |
 |
nampak muka muka happy nampak pantai? |
masa kat pantai ni, kami try lah naik banana boat. mula mula semua takut gila sebab rumors macam banana boat ni scary tenggelam lemas and so on. so kami macam orang gila merayu kat pakcik tu jangan terbalikkan boat tu. sebenarnya boleh ja request tak mau jatuh. tapi malangnya. jadi noob la pulak sebab seriously tak extreme langsung! bagi yang suka suka extreme terbalikkanlah boat anda hahaha.
malamnya lepas maghrib kami keluar dinner dekat kedai makan yang berhampiran lepas tu jalan jalan lepas tu jumpa deen deen!
2/4/2015
second day kami kat sana. harini kami pi island hoping! awal awal pagi kami dah siap and pi makan breakfast kat mcdonald sebab cari kedai nak breakfast tak jumpa sob sob. lepas tu kami tunggu van agent island hoping kami sampai. masa menunggu tu.......................
 |
macam biasalah. selfie dulu |
pasal island hoping ni, kami dah settle dekat jeti dengan pakcik kereta tadi. dapat harga RM35/PERSON. satu lagi yang senangnya duduk ab motel ni, dia dekat dengan underwater world tak sampai 5 minit and dengan tempat nak island hoping tu kira kira 15 minit ja. jadi mula lah cerita island hoping jeng jeng jeng! ehh sebelum tu, kalau pi island hoping ni better pakai selipar pastu baju biasa biasa ja sebab satgi nafsu nak main air tu membuak buak. and bawak air mineral takut dehydrate pulak nanti. hihi
 |
perjalanan ke tasik dayang bunting |
first, dia akan bawak kita ke tasik dayang bunting. tau kan yang tasik bentuk perempuan baring tu? okay apa yang menariknya kat sini, air tasik ni rasa dia tawar tapi kalau kita bawak keluar daripada pulau langkawi ni, rasa dia automatically jadi payau tapi still boleh diminum. tasik ni kedalaman dia kira kira 14 meter so sesapa nak berenang ka nak naik boat kayuh kayuh tu ka digalakkan pakai life jacket. life jacket boleh disewa dekat sana.
 |
disebabkan kami pakai baju yang tak berapa sesuai, rendam kaki ja lah mampu.
|
okay dekat tasik ni dia bagi masa selama satu jam untuk kita mandi ka, main air ka apa apa. tapi perjalanan nak sampai ke tasik tu mencabar fizikal betul. kena naik tangga pastu turun pastu naik pstu turun. hati hati dengan monyet sebab ni kan kawasan hutan so monyet menyerang untuk dapatkan makanan. fuhhhh penat! tapi berbaloi lah penat tapi puas kan.scenery dia cantik and walaupun orang ramai, kita still rasa tenang.
okay lepas sejam kat sini kami pun mendaki lah tangga tadi tu and tunggu boat. jangan naik boat lain pulak. lokasi seterusnya, eagle feeding. kat sini ada banyak sangat burung helang. ada putih ada coklat. tapi yang originally dari langkawi yang coklat lah. masa berhenti kat sini nampak lah banyak helang terbang terbang. and the amazing thing is, ada dua jenis helang kat sini tapi depa boleh hidup and makan sama sama.
 |
masa eagle feeding ni atas boat ja. hehe |
okay lepas eagle feeding ni, kita akan menuju ke pantai beras basah. okay pantai ni subhanallah cantik, air dia bersih, tenang. tak tau nak describe tapi sangat cantik. pantai dia landai so selamat untuk budak budak mandi. tapi satu ja yang spoil. ada banyak sampah sampah yang bertaburan. and ada monyet hahaha. bila sampai ja kat sini rasa nak mandi tu memang membuak buak lah tapi sebab tak bawak baju lebih hmm. main air ja lah cerita dia.
 |
jangan kisah seluar basah |
 |
nampak dak kejernihan air dia tu?? |
 |
Add caption |
 |
*bag penuh makanan |
 |
bukak bag nak ambik pringles, pringles tumpah. rezeki ikan. |
habis island hoping around 12 lebih lebih sikit. lepas tu kami pi isi angin tayar kereta. dah la masing masing tak reti.
lepas isi minyak isi angin kami balik rehat. petang tu shopping coklat kat hig.
malam tu pulak, kami lepak tepi pantai sampai pukul 1 dengan deen deen.
3/4/2015
 |
selfie di pagi hari deen deen tak mandi!
|
today is the last day. lepas hantar hanum and anis kat airport kami terus ke cable car atau sky cab.
lepas cable car kami terus balik ke jeti. punya nak rush feri pukul 4 tapi tak sempat. so terpaksa lah tunggu sejam kat jeti tu nak tunggu feri pukul 5. sejujurnya masa` dalam feri rasa takmau balik. tapi apakan daya. hahaha.
 |
plan another trip please |
itu saja untuk kali ni semoga terhibur. #mudahterhibur. assalamualaikum